Agama lain Islam

Rencana utama: Islam dan agama lain

[[Fail:Jerusalem Al-Aqsa Mosque BW 2010-09-21 06-38-12.JPG|thumb|right|Masjid Al-Aqsa di Al Haram Al Sharif, Baitulmuqaddis, sebuah tapak suci bagi Islam.

Qubbat As-Sakhrah, juga di Al Haram Al Sharif. Muslim percaya Nabi Muhammad s.a.w. naik ke syurga dari sini

Menurut doktrin Islam, Islam merupakan agama asal manusia, diakui oleh Nabi Adam a.s.[162] Pada suatu ketika, perpecahan berlaku, dan Allah mula mengutuskan nabi-nabi untuk menyampaikan wahyu-Nya kepada manusia.[163] Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., nabi-nabi Ibrani dan Nabi Isa a.s., kesemuanya diakui sebagai nabi, tetapi Islam percaya pesanan mereka dan teks Taurat dan Injil telah dicemarkan oleh orang Yahudi dan Kristian. Begitu juga, setiap kanak-kanak dilahirkan Muslim, tetapi telah dibawa memeluk agama lain oleh ibu bapa mereka yang tidak Islam.[163]

Hukum Islam membahagikan bukan-Muslim kepada beberapa kategori, bergantung pada hubungan mereka dengan negeri Islam. Kristian dan Yahudi yang hidup di bawah pemerintahan Islam dikenali sebagai zimmi ("orang yang dilindungi"). Menurut aturan ini, keselamatan peribadi dan harta zimmi dijamin dengan syarat mereka membayar ufti (jizyah) kepada kerajaan Islam.Status ini turut diberikan kepada orang Majusi dan kadangkala orang Hindu, tetapi bukan kepada ateis atau agnostik.[164] Mereka yang hidup di tanah bukan-Muslim (dar al-harb) dikenali sebagai harbi, dan sebaik memasuki pakatan dengan negeri Muslim dikenali sebagai ahl al-ahd. Mereka yang menerima jaminan keselamatan semasa tinggal buat sementara waktu di tanah Muslim dikenali sebagai ahl al-amān. Kedudukan mereka adalah sama seperti zimmi kecuali mereka tidak perlu membayar jizyah. Orang yang bersetuju gencatan senjata (ahl al-hudna) adalah yang tinggal di luar wilayah Muslim dan bersetuju untuk menahan diri dari menyerang Muslim.[165][166] Murtad dari Islam ditegah, dan boleh dihukum bunuh.[167]

Gerakan Alevi, Yazidi, Duruzi, Ahmadiyyah, Bábí, Bahá'í dan Barghawata sama ada berpunca dari Islam atau berkongsi sesetengah kepercayaan dengan Islam. Sesetengah menganggap diri mereka berbeza manakala yang lain menganggap masih bermazhab Islam walaupun berkontroversi dalam sesetengah kepercayaan mereka dengan Muslim aliran utama. Sikhisme, diasaskan oleh Guru Nanak pada lewat abad ke-15 di Punjab, mengandungi aspek kedua-dua Islam dan Hinduisme.[168]

Rujukan

WikiPedia: Islam http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=b... http://www.chinadaily.com.cn/bizchina/2008-07/09/c... http://www.adherents.com/Religions_By_Adherents.ht... http://www.adherents.com/Religions_By_Adherents.ht... http://www.al-shia.com/html/eng/p.php?p=shia'&url=... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/295507/I... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/574006/S... http://www.britannica.com/eb/article-9105852/Islam http://www.cair.com/Portals/0/pdf/The_Mosque_in_Am... http://www.etymonline.com/index.php?term=Islam